Tuesday 9 October 2012

Identiti Kampung

Trademark asal dari KAMPUNG sudah cukup melambangkan setiap daripada kalangan kita ini berasal dari kampung. Sedangkan bandar yang sedia ada sekarang ni juga dulunya merupakan kampung. Budaya  dan tradisi yang diamalkan terutamanya melibatkan kampung-kampung tradisional memang susah dilupakan dan ditinggalkan oleh sesetengah masyarakat. Boleh dikatakan suasanana di kampung amat jauh berbeza berbanding di bandar dari segi udara yang nyaman, persekitaran yang bersih serta nyaman, tenang dan sunyi. Saat yang paling menyeronokkan adalah ketika menyambut perayaan bersama-sama ahli keluarga yang lain dikampung.



Penempatan di kampung yang dikelilingi kawasan sawah padi.




 Suasana yang tenang serta pemandangan yang indah di kampung sukar dilupakan.




Tenang, cantik dan indah dapat rasai di persekitaran kampung.


Berbeza kehidupan di bandar yang rata-rata manusia sibuk bekerja. Malah lebih teruk lagi menimbulkan masalah kepada masyarakat yang menetap di bandar. Masalah kesesakan lalulintas, pencemaran air, udara dan bunyi,kualiti hidup terjejas.
Dewasa ini, perkembangan bandar yang terlalu pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan identiti kampung dalam bandar semakin lenyap di hapuskan. Kesan rebakan bandar yang turut mengancam kehilangan identiti kampung tradisional yang terdapat dalam bandar.Di Malaysia, kampung-kampung melayu yang terletak di pinggiran bandar merupakan monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap.Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada rebakan bandar menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar. Perkembangan pembandaran perlu dapat membantu matlamat sosial negara dari segi agihan dan keseimbangan kekayaan dan kemudahan. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan.

Hari ini, identiti kampung tradisional Melayu semakin luput dalam usaha mencapai aspirasi Negara Maju-2020. Tradisi dan cara hidup komuniti berterusan diancam oleh tekanan pembangunan negara yang menuju ke arah urbanisasi ( http://www.slideshare.net/sathia/definisi-urbanisasi-1 ) dan industrialisasi ( http://id.wikipedia.org/wiki/Industrialisasi ). Kedua-dua aspek tersebut yang membawa nilai-nilai baru dan asing kian menghakis dan menjadi ancaman kehilangan identiti kampung tradisi. Contohnya kemasukan aplikasi teknologi moden dan bahan bina yang bukan sahaja bercanggah dengan karektor vernakular kampung, bahkan turut merosakkan nilai ekologi landskap sensitif, pandangan panoramik serta estetika di kawasan kampung. Tambahan lagi sikap komuniti tempatan sendiri yang masih kabur mengenai kepentingan pemeliharaan landskap budaya.

Keratan Akhbar Utusan Malaysia.

 ARKIB : 21/01/2012

Kampung Puah kekal kampung tradisi - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kerajaan memberi jaminan akan mempertahankan status Kampung Puah yang terletak di Jalan Gombak di sini sebagai sebuah perkampungan tradisi Melayu yang akan kekal selamanya di tengah bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan sewajarnya akan diambil kerana kerajaan amat memahami isi hati penduduk yang bimbang kehilangan identiti kampung itu kesan pembangunan yang rancak di sekitarnya.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berunding dengan syarikat pemaju iaitu Aamin Development Sdn. Bhd. supaya pelan pembangunan yang dilakukan di situ mengambil kira isi hati penduduk di situ.
"Saya faham isi hati penduduk di sini yang ingin merasa kehidupan di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham ini boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong.
"Tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan supaya tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk kampung tradisi," katanya.
Beliau berkata demikian sempena Program Turun Padang Parlimen Wangsa Maju di kampung berkenaan di sini hari ini.
Pengumuman itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 penduduk yang ternyata lega dengan keputusan itu.
Melalui pelan pembangunan yang diluluskan pada Ogos 2001, Kampung Puah, Kampung Puah Bahagian dan Kampung Chubadak Jaya adalah antara kampung yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah seluas 12.8 hektar di situ.
Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin, beliau akan berusaha memperjuangkan nasib penduduk kampung terlibat walaupun projek pembangunan itu diluluskan 10 tahun lalu.
"Kalau ada 30 ekar, berilah 10 atau 15 ekar untuk membina satu perkampungan budaya Melayu di sini,'' katanya.
Terdahulu, Najib meluangkan masa bersama-sama kira-kira 1,000 penduduk di sekitar tapak Pasar Basah Teratai Mewah, Wangsa Maju.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm#ixzz28oZ0iICa
© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
 
Kampung tradisional yang turut terjejas kehilangan identiti adalah di Negeri Terengganu iaitu Kampung Duyong yang terkenal dengan kemahiran pertukangan bot secara tradisional. Justeru itu saranan pengekalan dan pemuliharaan identiti landskap budaya dalam menyeimbangkan antara dua aktivitii yang bertentangan iaitu warisan tradisi dan pembangunan moden, pendekatan pengekalan dan pemuliharaan landskap budaya adalah penting dirumuskan dengan mengambil kira aspek sosio budaya, ekonomi serta semangat setempat seuatu tempat. Kerjasama dari semua pihak iaitu sektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan komuniti adalah juga penting bagi menimumkan kepupusan karektor-karektor landskap budaya dan seterusnya menjamin pemanjangan hayat karektor tersebut agar dapat dihayati dan dinikmati hingga ke generasi akan datang.