Sunday 14 April 2013

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)


Apa itu Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ?

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) merupakan kementerian utama yang menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC. Memandangkan RTC ini dilaksanakan melalui konsep Blue Ocean Strategy, ia turut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian lain, antaranya Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan. RTC merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. RTC juga merupakan satu pusat yang menjadi nukleas kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh pelbagai Kementerian secara kerjasama bagi tujuan pembangunan penduduk luar Bandar dalam lingkungan 100km dari RTC. Melalui penubuhan RTC ini, penduduk-penduduk tempatan akan dapat menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus, membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah, mendapat kemahiran serta menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan, mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus, dan berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan. Dengan pelaksanaan program-program ini juga adalah bertujuan untuk menjadikan hasrat Kerajaan agar masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka. Ini akan membolehkan produk tersebut dapat dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya dapat menembusi pasaran eksport. Secara tidak langsung, pendapatan penduduk luar bandar akan dapat ditingkatkan dan seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya.
.Program-program transformasi luar Bandar telah bermula pada 31 Mei 2011 dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif berikut:
  • Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar
  • Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia
  • Pertanian Bernilai Tinggi
  • Pemprosesan Produk Agro-Makanan
  • Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian
  • Kerjasama Universiti
  • Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal
  • Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar

Petikan daripada Utusan Online.
ARKIB : 18/02/2012