Thursday 17 October 2013

Pembangunan berkonsepkan SOHO -Small Office Home Office


Keperluan Small Office Home Office 

Keselesaan ke tempat kerja dapat mempengaruhi kualiti hidup penduduk di Bandar terutamanya di sesebuah bandar yang mengalami pertumbuhan aktiviti pembangunan. Pertumbuhan ini adalah disebabkan perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan dasar kerajaan ketika ini yang menjalankan program tranformasi bandar bagi merealisasikan Wawasan 2020 negara. Keadaan ini telah menjadikan bandar tersebut mengalami proses perbandaran yang pesat.
Perbandaran amat penting dalam memainkan peranannya disebabkan mempunyai pengaruhnya yang besar terhadap kualiti kehidupan manusia. Namun demikian, tidak semua perbandaran yang wujud akibat pembangunan ekonomi meninggalkan kesan yang positif dalam memenuhi keperluan kualiti kehidupan sosial di sesebuah bandar. Kesan perbandaran ini telah menyebabkan berlakunya pertumbuhan penduduk bandar yang tinggi samaada pertumbuhan semula jadi atau migrasi kerana akibat daripada penawaran peluang pekerjaan yang tinggi dalam bandar tersebut. Keadaan ini turut meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan. 
Selain itu, ia turut menimbulkan masalah kualiti kehidupan sosial akibat daripada pembangunan bandar yang pesat seperti isu penyediaan kemudahan asas kepada penghuni bandar, isu penghijrahan penduduk desa dan pendatang asing, isu kemiskinan, isu penyediaan peluang pekerjaan, isu perumahan, pencemaran persekitaran, kesesakan lalu lintas, isu jenayah dan keselamatan penghuni serta keruntuhan moral. 
Terdapat beberapa isu dan masalah yang mempengaruhi kualiti hidup penduduk bandar terutamanya keselesaan ke tempat kerja kerana isu ini dapat mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Hal ini disebabkan aktiviti utama serta rutin harian untuk memperoleh sumber pendapatan penduduk bandar adalah aktiviti ke tempat kerja berbanding aktiviti lain.

 

Pembangunan Masa Depan


Pembangunan yang berkonsepkan SOHO iaitu singkatan daripada perkataan Small Office Home Office yang merupakan perkongsian ruang pejabat dan kediaman pada masa yang sama pada satu-satu unit perlu dilaksanakan bagi memudahkan pergerakkan penduduk ke tempat kerja. Secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kualiti hidup penduduk bandar yang tidak perlu menempuh kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja. Rata-rata penduduk bandar ketika mengahadapi tekanan emosi yang kritikal terutamanya untuk pada waktu pagi dan petang kerana terpaksa menempuh kesesakan lalulintas.
 Pembangunan ini juga secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi kawasan tersebut.
Secara umumnya, konsep pembangunan SOHO melibatkan:
i) Ruang pejabat atau perniagaan bersaiz kecil tetapi efisyen. Lazimnya bersekali dengan tempat tinggal.
ii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang berbentuk ‘jarak jauh’
berasaskan kepada penggunaan teknologi ICT iaitu
perkomputeran, internet dan komunikasi.
iii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang tidak melibatkan kunjungan
pelanggan yang ramai, kurang intensif pekerja dan
tidak melibatkan penstoran barangan.
iv) Kebolehan mencapai pelanggan yang luas melalui penggunaan teknologi ICT.
v) Kos pusingan (overhead) dan pengendalian yang rendah.
vi) Saiz isi rumah yang rendah.
vii) Tidak berbentuk kediaman untuk keluarga.


Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan SOHO bolehlah lawat http://www.jpbdselangor.gov.my/Laporan/BuletinRancang/JPBDbuletin_bil2_edisiKhas2.pdf

No comments:

Post a Comment