Thursday 17 October 2013

Pembangunan berkonsepkan SOHO -Small Office Home Office


Keperluan Small Office Home Office 

Keselesaan ke tempat kerja dapat mempengaruhi kualiti hidup penduduk di Bandar terutamanya di sesebuah bandar yang mengalami pertumbuhan aktiviti pembangunan. Pertumbuhan ini adalah disebabkan perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan dasar kerajaan ketika ini yang menjalankan program tranformasi bandar bagi merealisasikan Wawasan 2020 negara. Keadaan ini telah menjadikan bandar tersebut mengalami proses perbandaran yang pesat.
Perbandaran amat penting dalam memainkan peranannya disebabkan mempunyai pengaruhnya yang besar terhadap kualiti kehidupan manusia. Namun demikian, tidak semua perbandaran yang wujud akibat pembangunan ekonomi meninggalkan kesan yang positif dalam memenuhi keperluan kualiti kehidupan sosial di sesebuah bandar. Kesan perbandaran ini telah menyebabkan berlakunya pertumbuhan penduduk bandar yang tinggi samaada pertumbuhan semula jadi atau migrasi kerana akibat daripada penawaran peluang pekerjaan yang tinggi dalam bandar tersebut. Keadaan ini turut meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan. 
Selain itu, ia turut menimbulkan masalah kualiti kehidupan sosial akibat daripada pembangunan bandar yang pesat seperti isu penyediaan kemudahan asas kepada penghuni bandar, isu penghijrahan penduduk desa dan pendatang asing, isu kemiskinan, isu penyediaan peluang pekerjaan, isu perumahan, pencemaran persekitaran, kesesakan lalu lintas, isu jenayah dan keselamatan penghuni serta keruntuhan moral. 
Terdapat beberapa isu dan masalah yang mempengaruhi kualiti hidup penduduk bandar terutamanya keselesaan ke tempat kerja kerana isu ini dapat mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Hal ini disebabkan aktiviti utama serta rutin harian untuk memperoleh sumber pendapatan penduduk bandar adalah aktiviti ke tempat kerja berbanding aktiviti lain.

 

Pembangunan Masa Depan


Pembangunan yang berkonsepkan SOHO iaitu singkatan daripada perkataan Small Office Home Office yang merupakan perkongsian ruang pejabat dan kediaman pada masa yang sama pada satu-satu unit perlu dilaksanakan bagi memudahkan pergerakkan penduduk ke tempat kerja. Secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kualiti hidup penduduk bandar yang tidak perlu menempuh kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja. Rata-rata penduduk bandar ketika mengahadapi tekanan emosi yang kritikal terutamanya untuk pada waktu pagi dan petang kerana terpaksa menempuh kesesakan lalulintas.
 Pembangunan ini juga secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi kawasan tersebut.
Secara umumnya, konsep pembangunan SOHO melibatkan:
i) Ruang pejabat atau perniagaan bersaiz kecil tetapi efisyen. Lazimnya bersekali dengan tempat tinggal.
ii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang berbentuk ‘jarak jauh’
berasaskan kepada penggunaan teknologi ICT iaitu
perkomputeran, internet dan komunikasi.
iii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang tidak melibatkan kunjungan
pelanggan yang ramai, kurang intensif pekerja dan
tidak melibatkan penstoran barangan.
iv) Kebolehan mencapai pelanggan yang luas melalui penggunaan teknologi ICT.
v) Kos pusingan (overhead) dan pengendalian yang rendah.
vi) Saiz isi rumah yang rendah.
vii) Tidak berbentuk kediaman untuk keluarga.


Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan SOHO bolehlah lawat http://www.jpbdselangor.gov.my/Laporan/BuletinRancang/JPBDbuletin_bil2_edisiKhas2.pdf

Sunday 14 April 2013

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)


Apa itu Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ?

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) merupakan kementerian utama yang menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC. Memandangkan RTC ini dilaksanakan melalui konsep Blue Ocean Strategy, ia turut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian lain, antaranya Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan. RTC merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. RTC juga merupakan satu pusat yang menjadi nukleas kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh pelbagai Kementerian secara kerjasama bagi tujuan pembangunan penduduk luar Bandar dalam lingkungan 100km dari RTC. Melalui penubuhan RTC ini, penduduk-penduduk tempatan akan dapat menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus, membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah, mendapat kemahiran serta menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan, mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus, dan berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan. Dengan pelaksanaan program-program ini juga adalah bertujuan untuk menjadikan hasrat Kerajaan agar masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka. Ini akan membolehkan produk tersebut dapat dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya dapat menembusi pasaran eksport. Secara tidak langsung, pendapatan penduduk luar bandar akan dapat ditingkatkan dan seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya.
.Program-program transformasi luar Bandar telah bermula pada 31 Mei 2011 dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif berikut:
  • Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar
  • Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia
  • Pertanian Bernilai Tinggi
  • Pemprosesan Produk Agro-Makanan
  • Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian
  • Kerjasama Universiti
  • Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal
  • Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar

Petikan daripada Utusan Online.
ARKIB : 18/02/2012






Monday 31 December 2012

Transit-Oriented Development (TOD )



Sejarah Transit-Oriented Development (TOD) : Perspektif Pembangunan Konsep TOD
By : Ian Carlton
University of California, Berkeley

Konsep Transit-Oriented Development (TOD) diperkenalkan pada lewat 1980-an dan telah dipromosikan oleh Peter Calthorpe turut menyumbang kepada reka bentuk banndar yang baik. TOD telah menjadi persaingan kepada konsep perancangan moden apabila Calthorpe menerbitkan “ Metropolis New American ” pada tahun 1993.
Konsep TOD telah ditakrifkan sebagai “ komuniti bercampur yang menggalakkan orang ramai untuk tinggal berhampiran perkhidmatan transit dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada pengangkutan sendiri. Calthorpe melihat konsep TOD ini sebagai panduan neo-tradisional untuk membentuk masyarakat yang mampan. Ia juga berjanji untuk menangani isu-isu sosial.
Tujuan membangunkan konsep TOD juga adalah untuk menangani ekologi komuniti. TOD dilihat sebagai penyelesaiaan yang mudah difahami untuk pertumbuhan serantau. Ia juga memenuhi keperluan agensi transit untuk sumber pendapatan yang baru. Perkembangan TOD ini mempunyai potensi untuk menyediakan penduduk dengan kualiti hidup dan perbelanjaan pengangkutan isi rumah dikurangkan selain  menyediakan kawasan perumahan yang bercampur dapat mengurangkan kesan alam sekitar serta sebagai alternatif baru bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Contoh kawasan kajian bagi konsep TOD ini adalah pembangunan New York Town iaitu sepanjang sungai membolehkan laluan pengangkutan. Pengangkutan dan persekitaran adalah saling bergantung entity yang secara konsisten telah di tolak dan ditarik untuk mewujudkan reka bentuk bandar yang mampan.
Konsep TOD ini telah membawa banyak kesan positif seperti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan pencemran udara, mengurangkan kadar kos perbelanjaan isi rumah terutamanya menjimatkan kos pemanduan kenderaan sendiri dan menggalakkan lebih ramai orang berjalan kaki di bandar. Kajian juga telah membuktikan laluan pejalan kaki yang disediakan di kawasan bandar amat berguna kepada orang ramai. Segala kemudahan disediakan dengan baik agar memberikan keselesaan kepada pengguna. Konsep TOD ini juga secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat setempat menggunakan pengangkutan awam sebagai medium utama pergerakkan mereka ke bandar.  TOD yang diperkenalkan ke atas  New York Town ini dianggap telah berjaya dan membuka mata ramai pihak untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep dan idea sebenar TOD ini. Konsep TOD ini telah dijadikan panduan sebagai satu konsep baru yang akan digunakan di bandar-bandar maju bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan menjaga kualiti hidup masyarakat setempat dan alam sekitar.
Secara kesimpulannya, konsep TOD ini telah berjaya diperkenalkan di New York Town dan ia merupakan permulaan baru bagi konsep ini diperkenalkan ke bandar-bandar utama.Namun begitu konsep TOD ini memakan masa yang lama berbanding konsep lain kerana factor kos dan keadaan sekeliling. TOD mampu memberikan keselesesaaan kepada penduduk dan mampu mengurangkan kos perbelanjaan terhadap pengangkutan sendiri disamping dapat menggalakan penggunaan pengangkutan awam.

Pandangan Mengenai Transit-Oriented Development


Transit-Oriented Development (TOD) merujuk kepada corak pembangunan yang berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur yang mempunyai ciri-ciri ‘pedestrian-friendly’, kewujudan masyarakat yang mempunyai ‘sense of place’ yang kuat, kehidupan secara ‘livable communities’ dan mempunyai pembangunan pusat transit yang baik sebagai satu nukleas tumpuan aktiviti seharian penduduk tempatan di suburban. Kemudahan suburban transit sehingga kini, seolah tiada dirancang di Malaysia kerana kebanyakan penduduk masih amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian untuk pergerakan. Di samping itu, terdapat kelemahan ketara dalam pengangkatan awam yang kurang efisien  dan lemah dari segi perancangannya. Bagi perjalanan ke tempat kerja, adalah lebih berkesan penduduk suburban menggunakan pengangkutan awam yang terdiri dari  modes pengangkutan awam yang berbagai dan berteknologi tinggi. Mod pengangkutan berkonsepkan LRT dan MRT amat diperlukan. 
Pembangunan  TOD boleh menggalakkan penduduk berkerja di tempat lebih hampir dengan kawasan kediaman mereka, satu cara mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengelak berlakunya sprawl..rebakan bandar yang tidak terkawal. Sekiranya diberi pilihan, lebih ramai penduduk suburban akan memilih sistem pengangkutan awam sekiranya ianya cekap dan ‘reliable’. Pergerakan secara berjalan kaki, berbasikal dapat dipertingkatkan sekiranya kemudahan ‘suburban transit’ dirancang dengan baik. Ini boleh menggalakan ‘livable communities’ dan  memberikan suasana selesa, lebih selamat dan sesuai dengan keperluan kualiti hidup era dunia moden dengan merancang kepadatan pembangunan yang lebih tinggi di sekitar suburban. Pembangunan bercorak transit di kawasan suburban masih lemah..kurang di Malaysia. Oleh itu, saya berpendapat bahawa konsep TOD ini amatlah digalakan diperkenalkan di Malaysia untuk memberikan keselesaan kepada penduduk.