Sejarah
Transit-Oriented Development (TOD) : Perspektif Pembangunan Konsep TOD
By
: Ian Carlton
University
of California, Berkeley
Konsep Transit-Oriented
Development (TOD) diperkenalkan pada lewat 1980-an dan telah dipromosikan oleh
Peter Calthorpe turut menyumbang kepada reka bentuk banndar yang baik. TOD
telah menjadi persaingan kepada konsep perancangan moden apabila Calthorpe
menerbitkan “ Metropolis New American ” pada tahun 1993.
Konsep TOD telah ditakrifkan sebagai “ komuniti
bercampur yang menggalakkan orang ramai untuk tinggal berhampiran perkhidmatan
transit dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada pengangkutan sendiri.
Calthorpe melihat konsep TOD ini sebagai panduan neo-tradisional untuk
membentuk masyarakat yang mampan. Ia juga berjanji untuk menangani isu-isu
sosial.
Tujuan membangunkan konsep
TOD juga adalah untuk menangani ekologi komuniti. TOD dilihat sebagai
penyelesaiaan yang mudah difahami untuk pertumbuhan serantau. Ia juga memenuhi
keperluan agensi transit untuk sumber pendapatan yang baru. Perkembangan TOD
ini mempunyai potensi untuk menyediakan penduduk dengan kualiti hidup dan perbelanjaan pengangkutan isi
rumah dikurangkan selain menyediakan kawasan perumahan yang bercampur dapat mengurangkan kesan
alam sekitar serta sebagai alternatif baru bagi mengurangkan kesesakan lalulintas.
Contoh kawasan kajian bagi konsep TOD ini adalah pembangunan New York Town
iaitu sepanjang sungai membolehkan laluan pengangkutan. Pengangkutan dan
persekitaran adalah saling bergantung entity yang secara konsisten telah di
tolak dan ditarik untuk mewujudkan reka bentuk bandar yang mampan.
Konsep TOD ini telah
membawa banyak kesan positif seperti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas,
mengurangkan pencemran udara, mengurangkan kadar kos perbelanjaan isi rumah
terutamanya menjimatkan kos pemanduan kenderaan sendiri dan menggalakkan lebih
ramai orang berjalan kaki di bandar. Kajian juga telah membuktikan laluan
pejalan kaki yang disediakan di kawasan bandar amat berguna kepada orang ramai.
Segala kemudahan disediakan dengan baik agar memberikan keselesaan kepada
pengguna. Konsep TOD ini juga secara tidak langsung dapat menggalakkan
masyarakat setempat menggunakan pengangkutan awam sebagai medium utama
pergerakkan mereka ke bandar. TOD yang
diperkenalkan ke atas New York Town ini
dianggap telah berjaya dan membuka mata ramai pihak untuk mengetahui lebih
lanjut tentang konsep dan idea sebenar TOD ini. Konsep TOD ini telah dijadikan
panduan sebagai satu konsep baru yang akan digunakan di bandar-bandar maju bagi
mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan menjaga kualiti hidup masyarakat
setempat dan alam sekitar.
Secara kesimpulannya,
konsep TOD ini telah berjaya diperkenalkan di New York Town dan ia merupakan
permulaan baru bagi konsep ini diperkenalkan ke bandar-bandar utama.Namun
begitu konsep TOD ini memakan masa yang lama berbanding konsep lain kerana
factor kos dan keadaan sekeliling. TOD mampu memberikan keselesesaaan kepada
penduduk dan mampu mengurangkan kos perbelanjaan terhadap pengangkutan sendiri disamping
dapat menggalakan penggunaan pengangkutan awam.
Pandangan Mengenai Transit-Oriented Development
Transit-Oriented Development (TOD) merujuk kepada corak
pembangunan yang berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur yang mempunyai
ciri-ciri ‘pedestrian-friendly’, kewujudan masyarakat yang mempunyai ‘sense of
place’ yang kuat, kehidupan secara ‘livable communities’ dan mempunyai
pembangunan pusat transit yang baik sebagai satu nukleas tumpuan aktiviti
seharian penduduk tempatan di suburban. Kemudahan suburban transit sehingga
kini, seolah tiada dirancang di Malaysia kerana kebanyakan penduduk masih amat
bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian untuk pergerakan. Di
samping itu, terdapat kelemahan ketara dalam pengangkatan awam yang kurang
efisien dan lemah dari segi
perancangannya. Bagi perjalanan ke tempat kerja, adalah lebih berkesan penduduk
suburban menggunakan pengangkutan awam yang terdiri dari modes pengangkutan awam yang berbagai dan
berteknologi tinggi. Mod pengangkutan berkonsepkan LRT dan MRT amat
diperlukan.
Pembangunan TOD boleh menggalakkan penduduk berkerja di
tempat lebih hampir dengan kawasan kediaman mereka, satu cara mengurangkan
kesesakan lalulintas dan mengelak berlakunya sprawl..rebakan bandar yang tidak
terkawal. Sekiranya diberi pilihan, lebih ramai penduduk suburban akan memilih
sistem pengangkutan awam sekiranya ianya cekap dan ‘reliable’. Pergerakan
secara berjalan kaki, berbasikal dapat dipertingkatkan sekiranya kemudahan
‘suburban transit’ dirancang dengan baik. Ini boleh menggalakan ‘livable
communities’ dan memberikan suasana
selesa, lebih selamat dan sesuai dengan keperluan kualiti hidup era dunia moden
dengan merancang kepadatan pembangunan yang lebih tinggi di sekitar suburban.
Pembangunan bercorak transit di kawasan suburban masih lemah..kurang di Malaysia. Oleh
itu, saya berpendapat bahawa konsep TOD ini amatlah digalakan diperkenalkan di Malaysia untuk memberikan keselesaan kepada penduduk.