Monday 31 December 2012

Transit-Oriented Development (TOD )



Sejarah Transit-Oriented Development (TOD) : Perspektif Pembangunan Konsep TOD
By : Ian Carlton
University of California, Berkeley

Konsep Transit-Oriented Development (TOD) diperkenalkan pada lewat 1980-an dan telah dipromosikan oleh Peter Calthorpe turut menyumbang kepada reka bentuk banndar yang baik. TOD telah menjadi persaingan kepada konsep perancangan moden apabila Calthorpe menerbitkan “ Metropolis New American ” pada tahun 1993.
Konsep TOD telah ditakrifkan sebagai “ komuniti bercampur yang menggalakkan orang ramai untuk tinggal berhampiran perkhidmatan transit dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada pengangkutan sendiri. Calthorpe melihat konsep TOD ini sebagai panduan neo-tradisional untuk membentuk masyarakat yang mampan. Ia juga berjanji untuk menangani isu-isu sosial.
Tujuan membangunkan konsep TOD juga adalah untuk menangani ekologi komuniti. TOD dilihat sebagai penyelesaiaan yang mudah difahami untuk pertumbuhan serantau. Ia juga memenuhi keperluan agensi transit untuk sumber pendapatan yang baru. Perkembangan TOD ini mempunyai potensi untuk menyediakan penduduk dengan kualiti hidup dan perbelanjaan pengangkutan isi rumah dikurangkan selain  menyediakan kawasan perumahan yang bercampur dapat mengurangkan kesan alam sekitar serta sebagai alternatif baru bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Contoh kawasan kajian bagi konsep TOD ini adalah pembangunan New York Town iaitu sepanjang sungai membolehkan laluan pengangkutan. Pengangkutan dan persekitaran adalah saling bergantung entity yang secara konsisten telah di tolak dan ditarik untuk mewujudkan reka bentuk bandar yang mampan.
Konsep TOD ini telah membawa banyak kesan positif seperti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan pencemran udara, mengurangkan kadar kos perbelanjaan isi rumah terutamanya menjimatkan kos pemanduan kenderaan sendiri dan menggalakkan lebih ramai orang berjalan kaki di bandar. Kajian juga telah membuktikan laluan pejalan kaki yang disediakan di kawasan bandar amat berguna kepada orang ramai. Segala kemudahan disediakan dengan baik agar memberikan keselesaan kepada pengguna. Konsep TOD ini juga secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat setempat menggunakan pengangkutan awam sebagai medium utama pergerakkan mereka ke bandar.  TOD yang diperkenalkan ke atas  New York Town ini dianggap telah berjaya dan membuka mata ramai pihak untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep dan idea sebenar TOD ini. Konsep TOD ini telah dijadikan panduan sebagai satu konsep baru yang akan digunakan di bandar-bandar maju bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan menjaga kualiti hidup masyarakat setempat dan alam sekitar.
Secara kesimpulannya, konsep TOD ini telah berjaya diperkenalkan di New York Town dan ia merupakan permulaan baru bagi konsep ini diperkenalkan ke bandar-bandar utama.Namun begitu konsep TOD ini memakan masa yang lama berbanding konsep lain kerana factor kos dan keadaan sekeliling. TOD mampu memberikan keselesesaaan kepada penduduk dan mampu mengurangkan kos perbelanjaan terhadap pengangkutan sendiri disamping dapat menggalakan penggunaan pengangkutan awam.

Pandangan Mengenai Transit-Oriented Development


Transit-Oriented Development (TOD) merujuk kepada corak pembangunan yang berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur yang mempunyai ciri-ciri ‘pedestrian-friendly’, kewujudan masyarakat yang mempunyai ‘sense of place’ yang kuat, kehidupan secara ‘livable communities’ dan mempunyai pembangunan pusat transit yang baik sebagai satu nukleas tumpuan aktiviti seharian penduduk tempatan di suburban. Kemudahan suburban transit sehingga kini, seolah tiada dirancang di Malaysia kerana kebanyakan penduduk masih amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian untuk pergerakan. Di samping itu, terdapat kelemahan ketara dalam pengangkatan awam yang kurang efisien  dan lemah dari segi perancangannya. Bagi perjalanan ke tempat kerja, adalah lebih berkesan penduduk suburban menggunakan pengangkutan awam yang terdiri dari  modes pengangkutan awam yang berbagai dan berteknologi tinggi. Mod pengangkutan berkonsepkan LRT dan MRT amat diperlukan. 
Pembangunan  TOD boleh menggalakkan penduduk berkerja di tempat lebih hampir dengan kawasan kediaman mereka, satu cara mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengelak berlakunya sprawl..rebakan bandar yang tidak terkawal. Sekiranya diberi pilihan, lebih ramai penduduk suburban akan memilih sistem pengangkutan awam sekiranya ianya cekap dan ‘reliable’. Pergerakan secara berjalan kaki, berbasikal dapat dipertingkatkan sekiranya kemudahan ‘suburban transit’ dirancang dengan baik. Ini boleh menggalakan ‘livable communities’ dan  memberikan suasana selesa, lebih selamat dan sesuai dengan keperluan kualiti hidup era dunia moden dengan merancang kepadatan pembangunan yang lebih tinggi di sekitar suburban. Pembangunan bercorak transit di kawasan suburban masih lemah..kurang di Malaysia. Oleh itu, saya berpendapat bahawa konsep TOD ini amatlah digalakan diperkenalkan di Malaysia untuk memberikan keselesaan kepada penduduk.

Tuesday 11 December 2012

Sekadar Renungan

Pemikiran segelintir Bangsa kita.

  1. Di zaman pemerintahan Tun Mahathir, pelbagai kejayaan, kemajuan dan pemodenan yang telah dicapai. Segala pencapaian ini menjadikan Malaysia dikenali di peta dunia. Ia menjadi semangat dan kejayaan bersama.
  2. Salah satu pencapaian yang membanggakan seperti seorang anak Melayu (Malek) telah berjaya berenang 58 km menyeberangi Selat Inggeris. Percubaan ini bermula 4 tahun sebelumnya. Bukan sahaja latihan dan disiplin diri yang terpaksa dibuat, tetapi tekanan mental kerana masalah kewangan dan sokongan moral yang tidak sebegitu. 
  3. Ramai yang tidak yakin dan tidak percaya Malek akan lakukan renangan ini, jauh sekali berjaya. Namun dia tidak putus asa, tabah hati dan kekal dengan cita- cita besarnya. Begitu juga dengan Dato' Azhar apabila dia bercadang untuk belayar seorang diri mengelilingi dunia.
  4. Semasa berenang di Selat Inggeris dengan suhu yang sejuk, gelombang yang tinggi, arus yang deras, tekanan ke atas semangat dan pemikiran tentulah tinggi. Tentulah ada perasaan untuk berhenti menyeksa diri dan naik sahaja bot yang turut sama. Hanya semangatnya menghalang dirinya daripada mengambil jalan yang mudah. Renangan yang sepatutnya 32 km telah menjadi 58 km kerana arus yang kuat. Semangat Malek tidak luntur. Tiap satu minit dia kuak hampir 60 kali selama 18 jam. Namun dia sanggup meneruskan sehingga sampai ke Pantai Perancis.
  5. Ini adalah satu cabaran yang amat besar yang dia sendiri memilih untuk mengatasi dan dia mengatasi dengan jayanya dan mengharumkan nama bangsa, agama dan negaranya di samping nama dirinya sendiri.
  6.  Di samping itu, Dato' Azhar berjaya belayar seorang diri mengelilingi dunia dan kembali ke tanah air ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia berjaya menghadapi cabaran sebesar ini. Sudah tentu Malek juga akan ditanya bagaimana.
  7. Tun kecewa apabila ada segelitir orang Melayu termasuk golongan muda yang bertanya kepada Azhar "Apa ilmu yang beliau pakai?" Maksud ilmu yang ingin diketahui ialah ilmu ghaib, ilmu yang diselit dengan doa tertentu yang kononnya akan menjamin kejayaan. Mereka ingin tahu ilmu ini supaya dengan mudah mereka juga boleh menghadapi cabaran dan berjaya. Sikap mereka adalah sama dengan orang yang menuntut ilmu kebal yang kononnya akan membolehkan mereka menangkis tikaman dan peluru. Dengan itu mereka berani.
  8. Tidak ada ilmu kebal, tidak ada ilmu ghaib yang boleh menjamin kejayaan. Tun M sudah banyak kali menyedarkan kita, orang Melayu, yang semuanya beragama Islam, yang berpegang kepada Al-Quran dan hadis tentu tahu Nabi sendiri terpaksa melalui cabaran demi cabaran, aneka jenis ujian dan kegagalan sebelum Baginda mencapai kejayaan. Dan Nabi sendiri tidak kebal. Di Jabal Uhud Baginda cedera parah.
  9. Jika manusia boleh kebal tentulah Allah s.w.t. kurniakan kepada Rasul kesayangannya kekebalan. Tentulah perjuangan Nabi mengembangkan syiar Islam dipermudahkan.
  10. Jika kita benar-benar pegang kepada hadis dan sunnah Nabi maka iman dan sifat-sifat ketekunan, keberanian dan disiplin yang ada pada Nabi tentulah dicontohi oleh kita. Kita boleh berdoa untuk dilindungi oleh Allah s.w.t. Kita boleh berdoa untuk diberi kejayaan. Tetapi Tuhan tidak menjanjikan kejayaan hanya dengan berdoa sahaja. Tuhan berkehendak kita berusaha dan membuat persediaan untuk menjayakan diri kita. Ini jugalah yang dilakukan oleh Nabi untuk mencapai kejayaan.
  11. Tun M telah menggunakan langkah-langkah dan prinsip sepertimana yang telah diajar oleh Nabi kita, dan kita mencapai segala kejayaan ini. Berusaha, berdoa dan akhirnya tawakal jika ingin mecapai kejayaan. Tun M mahu kita buang segala pemikiran-pemikiran yang boleh membuatkan kita menjadi mundur. Kita perlu ubah pemikiran kita jika kita ingin mencapai sesuatu kejayaan.

Monday 26 November 2012

Aktiviti Petang

Jom la sapa-sapa yang rasa nak hilangkan stress,lupakan seketika aktiviti harian yang lain. Apa yang perlu dibuat adalah dengan pergi memancing. Daripada asyik tidur ja waktu-waktu petang, apa kata sekali sekala melibatkan diri dengan dunia memancing ini. Best,memang ternyata segala tekanan dan stress dalam diri kita akan hilang. Time memancing ni la boleh tenangkan fikiran, tengok air tasik, hayati pemandangan sekeliling. Yang penting memancing ni akan mengajar kita erti kesabaran.

Lokasi tumpuan bagi aktiviti memancing

Memancing mengajar  erti kesabaran


Hasil tangkapan yang menggembirakan.


Kepuasan memancing

Friday 23 November 2012

Legoland Malaysia Part 1



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ILAHI dengan limpahkurniaNYA lawatan tapak ke kawasan kajian dapat berjalan lancar. Tujuan lawatan tapak dilakukan adalah untuk mengenalpasti isu-isu dipinggiran Wilayah Metropolitan JB.

  Isu-isu di Pinggiran Wilayah Metroplitan JB.


“Unbundling’ of infrastructural
Pocket Development
Mega-Projects
Non-Affordable Housing
Traffic Congestion
Separated commnunity




                                                    
                                            Kawasan-kawasan yang dikenalpasti :

                                                                     · Kg Melayu Lima Kedai
                                                                     · Pekan Gelang Patah
                                                                     · Setia Eco-Garden
                                                                     · Nusajaya
                                                                     · Bukit Indah
                                                                     · Pembangunan Sekiitar Tebrau
                                                                     · Bandar Dato Onn
                                                                     · Perkampungan Kempas
                                                                     · Taman Perling

 
1.Nusajaya
 

Koridor Pembangunan Wilayah Selatan.
Salah satu projek mega yang sedang melanda    selatan tanah air negara ketika ini.

Zon Pembangunan
A : Nusajaya – Kota Iskandar (pusat pentadbiran baru Johor)
B : Bandar Johor Bharu – Pusat perniagaan utama JB, zon pemuliharaan dan warisan JB Teluk Danga
C : Gerbang pembangunan barat – Tanjong Pelepas
D : Gerbang pembangunan utara – pelabuhan Pasir Gudang
E : Senai Skudai – bandar lapangan terbang

Rajah 1 : Peta wilayah Iskandar Malaysia (WIP)

Projek Mega “Nusajaya” mencetus revolusi





Pembukaan Legoland di Iskandar Malaysia mencetuskan fenemona baru buat pengunjung ke Johor. Legoland Malaysia adalah taman tema pertma seumpanya dirantau ini, diuruskan oleh Theme Attractions and Resorts,sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd. bagi Bahagian Rekreasi dan Pelancongan. Taman tema Legoland ini adalah keenam didunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland, dan Legoland Florida.
 

SEORANG pekerja menyiapkan miniatur stesen kereta api Kuala Lumpur yang diperbuat daripada Lego di Legoland Malaysia.


 Kedudukan Legoland di Koridor Wilayah Selatan dapat menarik ramai pengunjung luar serta meningkatkan ekonomi  terutamanya dalam sektor pelancongan.

Setakat ini hampir 63,000 pas tahunan dan pas harian telah dijual kepada orang ramai sejak ia dilancarkan lewat tahun 2011.

 

Secara kasarnya, pembinaan Legoland ini banyak memberi kesan yang positif kepada trend perancangan aktiviti pembangunan ketika ini. Ia dapat menarik ramai orang luar berkunjung dan dapat   menyumbang pertumbuhan ekonomi di Koridor Wilayah Selatan terutamanya dalam sektor pelancongan. Taman tema Legoland Malaysia yang pertama di Malaysia dan ke-enam di seluruh dunia dibuka secara rasmi kepada orang ramai dengan menyaksikan ribuan pelawat dari dalam dan luar negara mengunjunginya. Pembukaan taman tema Legoland Malaysia meninggalkan kesan berganda terhadap ekonomi tempatan di dalam pelbagai sektor industri termasuk, perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan, makanan dan minuman."

Jom Bergambar di Legoland


p/s: Akan bersambung...