Tuesday 11 September 2012

Al-Fatihah banyak Khasiatnya..

Kita wajib membaca surah al-fatihah ketika solat. Adakah kita memahami setiap maksud ayat yang dibaca. Amatlah RUGI bagi kita yang masih belum lagi menghafal dan memahami pengertian sebenar ayat-ayat surah al-fatihah. Ketujuh-tujuh ayat-ayat ini mempunyai erti dan makna yang sangat mendalam dan penuh dengan rahsia. Sehingga ramai kalangan ulama memberikan tafsiran yang panjang sekali terhadap ayat-ayat surah al-fatihah ini. Tetapi kita tidak bermaksud membuat tafsiran disini melainkan mengambil faedah dan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Rasullulah SAW bersabda , maksudnya :
       "Surah al-fatihah ditanzilkan dari satu perbendaharaan yang terletak dibawah Arasy."
Surah al-fatihah merupakan surah pembukaan( awal ) yang mengandungi tujuh ayat. Terdapat banyak rahsia dan khasiatnya. Setiap kali solat kita diwajibkan membaca surah ini kerana termasuk dalam rukun solat. KENAPA ia diwajibkan, tentu ada rahsia yang tersirat dalamnya. Dan juga KENAPA surah al-Fatihah dianggap induk al-quran.
Rasullulah SAW bersabda, maksudnya :
         " Surah al-fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya. "
Juga Rasullulah SAW bersabda , maksudnya :
          "Al-fatihah itu pembuka maksud bagi orang-orang mukmin "




 1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Khasiat ayat-ayat surah al-fatihah
 

 1. Surah Al-Fatihah


-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya

Kata Al-'Arif Billah Syeikh Ahmad Rifa'i


1.1Khasiat Ayat Pertama
-Ditunaikan hajat
-Sebelum tidur
-Orang zalim
-Penyembuhan
-Murah rezeki
-Penerang hati
-Selamat daripada keguguran
-Menyuburkan tanaman
-Mengumpan Ikan
-Perlindungan dan pelaris
-Doa Musafir
-Doa makan bersama orang-orang yang berpenyakit
-Penolak bala
-Doa penolak bala

1.2 Khasiat Ayat Kedua
-Pendinding
-Sakit gigi
-Pengasih

 1.3 Khasiat Ayat Ketiga
-Menghadapi orang zalim
-Kerasukan
-Penawar
-Zuriat
-Penyubur Tanaman
-Pembungkam
-Lembut hati

1.4 Khasiat Ayat Keempat
-Perlindungan daripada bala, wabak dan lain-lain

1.5Khasiat Ayat Kelima
-Subur tanaman
-Menghadapi binatang liar dan orang jahat
-Temuduga, peperangan dan lain-lain

1.6Khasiat Ayat Keenam
-Orang zalim
-Lupa

 1.7Khasiat Ayat Ketujuh
-Sesat
-Lapar dahaga
-Menghadapi musuh
-Penyejuk

No comments:

Post a Comment