Sunday 16 September 2012

Rumah Oh Rumah



Kekurangan Rumah Kos Rendah

Keperluan terhadap sektor perumahan terutamanya rumah kos rendah semakin meningkat dewasa ini,dimana hampir semua negeri di Malaysia mengalami masalah kekurangan bekalan rumah kos rendah.Pelbagai pihak samaada pihak kerajaan ataupun pihak swasta telah berusaha untuk mengatasi masalah ini tetapi masalah kekurangan rumah kos    rendah ini tetap berlaku.
 
Pihak kerajaan, melalui kerajaan negeri telah menetapkan polisi bahawa dalam setiap skim-skim perumahan yang dibangunkan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus rumah kos rendah,namun masalah kekurangan rumah kos rendah ini tetap berlaku.


Definisi Perumahan dan Rumah Kos Rendah 
     
      Perumahan didefinisikan sebagai tempat kediaman dan dapat ditakrifkan    sebagai : bentuk-bentuk pembinaan atau diubah untuk kediaman atau tempat duduk” oleh itu perumahan merupakan keperluan utama manusia sebagai tempat perlindungan (Kamus dwi bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka).
        Konsep perumahan menurut (Smith 1971) adalah merujuk kepada “shelter” iaitu sesuatu unit kediama atau sebagai tempat perlindungan.
   Rumah kos rendah pula seringkali dikenali sebagai rumah kerajaan,rumah murah dan sebagainya.Kajian mengenai perumahan  kos rendah terdapat dua jenis perumahan iaitu jenis konvensional yang merangkumi perumahan awam dan swasta,manakala perumahan bukan konvensional pula iaitu perumahan setinggan dikawasan sesak dan terbina.

Menurut Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, perumahan kos rendah boleh didefinisikan sebagai projek pembangunan perumahan yang dijual pada harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM25,000 hingga RM42,000 dan bagi kajian ini definisi perumahan kos rendah    bergantung kepada sumber atau agensi yang menyediakan maklumat tersebut.


 Jadual 1.0 : Garis Panduan Harga Jualan Rumah Kos Rumah Rendah dan Garis Kemiskinan Penduduk di Malaysia.
 

 
 

Isu kekurangan bekalan rumah kos rendah yang ditawarkan dipasaran bukan sahaja berlaku di Lembah Klang ( contoh kawasan kajian ) tetapi juga dihampir semua pinggiran bandar-bandar utama negeri di Malaysia.Masalah ini ditambah lagi dengan permintaan semakin meningkat daripada penduduk.Program-program perancangan pembangunan rumah juga tidak mencapai sepenuhnya.
 
Antara punca-punca berlakunya masalah ini ialah:


1.Permintaan dan Penawaran
Permintaan terhadap rumah kos rendah meningkat jauh lebih besar dari penawaran rumah tersebut semenjak Rancangan Malaysia Ketiga lagi.

2.Lokasi Kawasan
Kedudukan perletakan zon perumahan yang jauh dari tempat kerja.

3.Penawaran Rumah Kos Rendah
Tidak pernah mencukupi.Pembinaan rumah kos rendah adalah tidak  memuaskan dari segi kapasiti dan kekurangan tanah yang terhad.

4.Kekurangan Tanah
Tanah menjadi rebutan dan harga meningkat tinggi dalam pembinaan dan penyediaan rumah.



Dari segi kemampuan penduduk pula, tidak semua penduduk mampu    membeli rumah kos rendah yang ditawarkan di pasaran kerana pendapatan yang rendah.Bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah menyediakan skim perumahan kos rendah kepada penduduk yang berpendapatan rendah agar mampu memiliki rumah sendiri dalamRancangan Malaysia Ke-10 dan Dasar Perumahan Negara.

Keperluan perumahan kos rendah ini amat penting bagi penduduk-penduduk dipinggir bandar kerana dengan dapatnya pemilikan sebuah rumah akan meningkatkan taraf hidupnya dalam mengecapi sebuah arus                 pembangunan yang pesat ketika ini.
 
Kesan-kesan kepada kurangnya perumahan kos rendah:
                          
            1.Pertambahan penempatan setinggan
                                   
       2.Berlakunya migrasi luar penduduk

           3.Ekonomi penduduk terjejas oleh arus pembangunan





Peta 1.0 : Taburan perumahan kos rendah mengikut sempadan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di Lembah Klang.

                                                  
 Sumber : Majlis Perbandaran Klang.



-272 kawasan perumahan kos rendah dikenalpasti di Wilayah Lembah Klang.
-231 kawasan mempunyai maklumat status        pembinaan dikelaskan kepada 4 bahagian iaitu siap dan diduduki,siap belum diduduki,dalam pembinaan dan dalam perancangan.
-Di bawah pentadbiran Perbandaran Klang adalah merupakan angka terendah dan kurang perumahan kos rendah iaitu kurang 30 kawasan.

 
Matlamat dasar perumahan akan dilihat dengan mengkaji program serta pencapaian sektor perumahan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menetapkan Dasar Perumahan Negara dengan matlamat untuk menyediakan perumahan yang mencukupi ,selesa,dan mampu dimiliki bagi mencapai tiga objektif utama:


1: menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap  serta persekitaran yang kondusif.
             
2:meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah.
      
3:menetapkan hala tuju kemampanan sektor perumahan.

Tentang aspek penawaran perkara yang berkaitan dengan bilangan projek-projek perumahan,bilangan unit perumahan serta peratusan rumah kos rendah akan dikaji.Selain itu dari segi permintaan rumah kos rendah diLembah Klang.Kemampuan penduduk untuk memiliki rumah kos rendah berdasarkan pendapatan penduduk juga boleh dilihat.
 

Kesimpulannya,isu kekurangan  rumah kos rendah ini  semakin menjadi persoalan ketika ini akibat daripada peningkatan permintaan yang   tinggi oleh penduduk terhadap perumahan kos rendah.Seiring dengan arus pembagunan yang pesat dijalankan ketika ini,kita juga mestilah menitik beratkan terhadap pembangunan perumahan kos rendah kerana bukan semua penduduk yang mampu memiliki rumah kos tinggi.Hal ini disebabkan jumlah pendapatan yang berbeza antara penduduk berpendapatan rendah dan tinggi dalam sesuatu kawasan disamping peningkatan kos sara hidup yang menyebabkan sebahagian penduduk hanya mampu memiliki rumah kos rendah.Justeru itu isu ini perlulah dipandang serius menjelang pembangunan negara yang maju pesat membangun demi mencapai wawasan 2020 supaya nanti kita tidak melihat kebanyakkan orang hanya tidur ditepi jalan kerana tidak memiliki rumah sendiri.Pasti ini dapat memberi pandangan yang negatif kepada orang luar sedangkan negara kita maju tetapi segelintir penduduknya masih lagi menghuni jalan,bawah jambatan dan pinggiran kota hanya kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri....






No comments:

Post a Comment