Saturday 15 September 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Menghitung Masa

Sedar tak sedar cepat betoi masa berlalu..Dah msuk tahun 3 belajaq dalam Jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah di Utm Skudai. Kalau dlu time frst2 msuk klas ni blurr gak la apa sbenaqnya kos ni. Apa tidaknya , time isi upu dlu main tekan ja button isi.Bukan pa yang penting dpt lari dari jurusan sains ckup la. 1 thun kt matrik asyik mngadap buku sains ngn calculator ja. Kdang2 2 nmpak skema pulak. Tp ni la dkatakan rzeki msing2,takdir Allah mnnentukan sgalanya. Trima masuk Utm ni syukur sangat2,mna tak nye,universiti terbaik kt Malaysia., kena plak jauh dari tempat asal tu yg rsa smangat brkobar2 nk blajaq sna. Awai2 msuk Utm tu serius rsa kosong btoi jiwa tntang kos perancang bandar. Yg tau orang ckap msuk kos ni kuaq jdi D.O la ,Dato Bandar la n mcm2 lg. Tapi sume 2 dlu la frst2 msuk utm skudai.Pepatah melayu pon da bagitau Tak Kenal Maka Tak Cinta.So skunk ni banyak ilmu2 yg disampaikan pensyarah2 tntang dunia perancangan bandar. Kena pula baru tamat menjalani latihan industri,rsanya banyak lagi la pendedahan tentang perancangan bandar dapat diketahui. Ingat lagi dulu awai2 msuk mcm nk berhentiii ja kos ni.Mna tidaknya asyik melukis ja ,kta ni dh la x seni tp lama2 alhamdulillah ok la juga. Makin lama dalam bidang ni rsa mcm brtambah sayang pulak. Klau dlu kta jalan2 kt bandar uat xtau ja,skunk ni law jln ja dlm bndar msti dpt feeling x kira la baik ka tidak. Apa2 pon skarang  ni sume ni msti dteruskan juga bagi memastikan tnggungjawab kita sebagai perancang bandar dapt dihargai oleh masyarakat.

 Projek Pertama Studio Thn 3

Rancangan Tempatan Daerah ( RTD )..Wah makin mencabar rsanya,law dlu just uat RKK and development proposal and layout plan ja.Tp skunk ni nak kena sdiakan laporan lengkap RTD.Bukan tu saja, site nya pula kt Melaka bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.Yang uniknya kawasan kajian ni mempunyai tiga daerah iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Bagus gak la uat latihan industri dlu sbb sempat gak study tentang RTD Kota Setar.So x rsau sgt tp yg msalah skunk ni sbb lokasi kawasan kajian ni jauh n besar gak.Mnggu pertama ja trus kuaq ke tapak n mendengar taklimat daripada pihak MPHTJ n JPBD Melaka.Time ni la nk catat sume maklumat2 yg berkaitan guna tanah semasa n cadangan.Wah Bandar Pintar berkonsepkan Teknologi Hijau.Bagus juga dgr konsep bandar depa ni.Apa itu Bandar Pintar ?? Sebelum ni biasa juga la trbaca artikle tntang ni tp besa la x begitu nk bik serius.

Apa ITU BANDAR PINTAR ???

Bagaimana orang Melayu menerima konsep bandar pintar? Isu ini jarang dibincangkan, kerana ia agak baru, tetapi kesannya sudah terasa kerana proses pembangunan bandar pintar bergantung pada penerimaan penghuninya.Fikiran orang Melayu tentang bandar pintar terserlah dalam era Mahathir yang melaksanakan bandar pintar Putrajaya. Pembangunan bandar pintar itu diterajui orang Melayu tanpa meminggirkan kumpulan etnik lain. Buat masa ini, lebih kurang 70% penduduknya adalah orang Melayu daripada kelas
menengah. Menurut banci penduduk tahun 2000, orang Melayu pada awal pembukaan Putrajaya adalah 83% dari keseluruhan penduduknya sebanyak 7,223 orang (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Perkara yang menarik dalam pembangunan Putrajaya bukan sahaja kerana ciri-ciri seni bina dan pandangan estetika bangunan fizikal, tetapi juga pembentukan budaya baru ekoran perlaksanaan ICT yang menjadi enjin utama pembangunan bandar pintar (Komninos 2002) demi mewujudkan masyarakat global bermaklumat (MGB).
Ketika memperkatakan kesan penggunaan ICT dalam pemikiran urbanisme Melayu, ia bukan sahaja menyentuh aspek fikiran, tetapi juga aspek urbanis, iaitu penggerak kemajuan bandar pintar itu sendiri. Urbanis yang dimaksudkan itu bukan sahaja meliputi kaum Melayu, tetapi juga kaum lain yang mendiami
bandar pintar yang berkenaan. Selain kelas atasan, banyak juga penghuninya daripada kelas menengah, malah kelas bawahan. Di sinilah timbul kepelbagaian pemikiran, sama ada yang bersikap takulan (akur), menerima berhati-hati, menerima sebahagian atau yang bersikap menentang terus pembangunan ICT.Kepelbagaian budaya siber ini bukan sahaja membezakan identiti dan pemikiran antara kelas masyarakat, tetapi juga membezakan pemikiran individu dalam kelas masyarakat di bandar pintar itu sendiri. Namun, perbincangan dalam rencana ini tertumpu kepada kepelbagaian siber urbanisme isi rumah kelas menengah Melayu di Putrajaya untuk meninjau perbezaan identiti mereka yang telah memasuki era MGB dengan sebelumnya.

Biarpun Putrajaya telah dirancangkan pembangunannya, tetapi pemikiran siber urbanisme daripada aspek negatifnya sama banyak dengan aspek positifnya. Ini bermakna bandar pintar juga ada masalah yang dialami bandar tradisional, yang bukan berkonsepkan bandar pintar. Dari banyak segi, kepelbagaian siber
urbanisme yang disebut dalam kajian ini adalah masalah sejagat yang dialami manusia, sama ada di bandar pintar atau tidak. Yang pasti adalah penghuni di bandar pintar lebih banyak menyedari kuasa ICT dalam mendorong peningkatan taraf hidup mereka, justeru kuasa ICT adalah enjin penggerak yang mendorong
kemajuan masyarakat itu dengan lebih cepat ke arah pembangunan bandar pintar yang dirancangkan itu.

 Berbalik semula kepada RT bagi kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya ini, keunikkannya bandar ini mempunyai keluasan 3 kali ganda daripada bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Biarlah bandar ini berdaing maju dan dapat memberikan keselesaan kepada penduduk pada masa akan datang.So perancangan teliti perlu diterapkan supaya pembangunan yang terkawal dapat dijalankan dalam bandar ini.Akhir kata semester ini kena la banyak study lagi.Kena pula nk sdiakan laporan RTD.Harapan smoga smuanya brjalan lancar.

No comments:

Post a Comment